Senarai penuh MPWN negeri Sabah penggal 2025-2028 diumumkan
- Suara Keadilan

- Jun 30
- 2 min read

Wanita KEADILAN Pusat pada Ahad mengumumkan senarai penuh barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Wanita Negeri (MPWN) Sabah bagi penggal 2025-2028.
Ketua Wanita, Fadhlina Sidek menerusi satu kenyataan berkata, pelantikan itu susulan mesyuarat pada Sabtu yang dipengerusikannya dengan dihadiri Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Datin Rufinah Pengeran dan barisan kepimpinan yang lain.
"Pelantikan ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh organisasi seta memperkasa gerak kerja Wanita KEADILAN Sabah dengan lebih tersusun, progresif dan berdaya saing.
"Saya yakin kewibawaan dan komitmen barisan kepimpinan MPWN Sabah dalam meneruskan agenda perjuangan parti, memperukukuh jaringan wanita akar umbi serta memperjuangkan hak dan kepentingan sabah secara inklusif" katanya dalam kenyataan tersebut.
Berikut merupakan senarai penuh pelantikan yang diputuskan pada mesyuarat tersebut:
Ketua Wanita Negeri : Datin Rufinah Pengeran
Timbakan Ketua Wanita Negeri : Noraini Abd Ghapur
Naib Ketua Wanita 1 : Prisila Molison
Naib Ketua Wanita 2 : Artini Ali Taugan
Naib Ketua Wanita 3 : Vivian Lee Mee Peng
Setiausaha : Epin@Julianah Pusok
Bendahari : Juliah Malintau
Beberapa individu turut diamanahkan ke jawatan penting antaranya Puan Junaidah Makku sebagai Ketua Penerangan, Setiausaha Pengelola (Aljalisah @Lisah Suyan Biou), Pengarah Strategi (Siti Norffinie Mohamed Yassin) dan Pengarah Latihan (Noor Zeeta Tamsun).
Mesyuarat turut melantik Estherolevia Jeninis sebagai Ketua Srikandi.
Kenyataan turut memaklumkan beberapa lantikan Biro antaranya Nur Alya Elitah Yunus sebagai Ketua Biro Komunikasi, Debbie Suimin (Biro Keanggotaan), Nur Ezza Fariha Wabah (Biro Kemasyarakatan), Rozaliah Mokhtar (Biro Pendidikan) dan Engnes Ebos (Biro Kebajikan Wanita).
Camelia Jaikop dilantik mengetuai Biro Usahawan, Siti Mariam Ag Nuddin (Biro Pemantapan Agama), Jawany Andawai (Biro Guaman) dan Norsiah Yakub (Biro Pertanian).
Rafiah Bakrin dilantik sebagai Ketua Biro Sukarelawan, Oshin Sangkar (biro Mobilisasi),Intan Nadia Bahrin (Biro Antarabangsa) dan Nerissa Barredo (Biro Kemanusiaan).
Siti Jaharan Untang dilantik mengetuai Sekolah Wanita (SWAN) negeri Sabah.
Mesyuarat turut melantik empat ahli jawatankuasa lantikan ke dalam majlis pimpinan negeri iaitu Roziana Pius Mongunjun, Siti Nor Fadzillah Japar, Annir Sidek dan Rosnah Lutok.
Turut dilantik ialah Suzanna Sipin sebagai Pemeriksa Kira-kira 1 dan Ketua Wanita Cabang, Papar, Ranau, Kota Belud, Kota Marudu, Tawau, Libaran dan Batu Sapi yang masing-masing sebagai Pemeriksa Kira-Kira 2.
"Semoga pelantikan ini menjadi titik tolak kepada gerak kerja yang lebih tersusun, berkesan dan menyeluruh dalam menjayakan misi Wanita KEADILAN sebagai nadi perubahan.
"Selamat maju jaya dan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan yang dilantik," kata Fadhlina mengakhiri kenyataan tersebut.









Comments