top of page

Senaman bertema Hari Natal galak gaya hidup sihat



Dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat bagi penduduk kota Kuala Lumpur, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng (gambar atas, berbaju gelap), memanfaatkan penggunaan Tasik Danau Kota di Setapak bagu menganjurkan aktiviti senaman dan seni menjelang perayaan Krismas.


Katanya, sambutan Krismas 2023 disemarakkan lagi dengan program yang diatur bersama sekumpulan penduduk tempatan di kawasan tasik berkenaan, semalam.


"Pengisian program ini termasuk nyanyian lagu gospel, Santa Claus giveaway, cabutan bertuah dan tidak ketinggalan juga tarian masyarakat yang dipersembahkan beberapa kumpulan tempatan," katanya.


Nyanyian sempena Krismas menghiburkan peserta senamrobik

Menurut penganjur ‘Christmarobik’ Jessie Chiew pula, program tersebut menjadi daya penarik tersendiri kepada pengunjung Tasik Danau Kota yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.


"Saya dan Lai sebagai penganut Kristian, sambutan Krismas adalah satu program perkongsian kegembiraan bersama-sama rakan setempat.


"Program seumpama ini tidak memerlukan kos tinggi, tetapi memang boleh menghiburkan hati warga-warga emas yang kami jemput ke sini hari ini," jelas beliau.


Beliau merujuk kepada ramai golongan warga emas yang dijemput dari beberapa rumah jagaan warga emas setempat yang menjayakan program itu.


Untuk rekod, Andre Lai merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DBKL yang berkenaan dengan jabatan sukan dan aktif dalam hal ehwal kesihatan serta kecergasan penduduk.


kira kira 150 peserta senamrobik di Tasik Danau Kota

Semenjak beliau menjawat Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, pelbagai program diusahakan bersama-sama penduduk setempat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dengan bersenam.


Andre Lai sebelum ini bersama bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah berusaha keras membuka Tasik Danau Kota untuk kegunaan awam pada 2019.


Setelah ia dibuka untuk kegunaan awam, beliau sering bekerjasama dengan Jabatan Lanskap dalam menaik taraf tasik berkenaan.


Dalam aktiviti semalam kira-kira 150 penduduk sekitar menyertai sesi senamrobik selama dua jam dengan misi menceriakan sambil menitik beratkan aspek kesihatan dan gaya hidup lebih baik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page