top of page

Semua MP dapat surat Ku Li, usul tidak percaya Khamis ini?


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa semua ahli parlimen telah menerima sepucuk surat daripada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perkara itu disahkan menerusi menerusi akaun Twitter miliknya, dengan memuat naik surat daripada Ku Li.


"Surat Yang Berhormat Tengku Razaleigh ada di meja ahli-ahli Parlimen. Kami semua angkat sumpah dalam dewan yang mulia ini untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.


"Keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjadi tanda tanya terbesar hari ini. Apakah kita akan saksikan sesuatu 26.11?" katanya.


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu.


"Ada surat 'cinta' dari YB Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen BN, untuk ketengahkan isu 'Undi tidak percaya' kepada YAB Perdana Menteri.


"Penolakan datang dari Ahli Parlimen kerajaan sendiri. Pengundian bajet akan diadakan pada Khamis ini," katanya.


Dalam surat itu, Ku Li menegaskan bahawa beliau tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun tidak membenarkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN.


“Memandangkan keabsahan kerajaan belum ditentukan, saya terikat dengan nurani dan sumpah saya, maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page