top of page

Semua MP, ADUN Selangor terima peruntukan khas kerajaan negeri


Kesemua 22 Ahli Parlimen dari Selangor dan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang menerima peruntukan bagi melaksanakan Program Mesra Rakyat dan membantu meringankan beban rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran peningkatan kes Covid-19.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM5.6 juta disediakan untuk peruntukan khas DUN manakala peruntukan khas Parlimen sebanyak RM1.1 juta.


Katanya, sejumlah RM100,000 akan diterima oleh setiap ADUN manakala RM50,000 diberikan kepada ahli Parlimen.


“Berikutan keadaan pandemik yang terus melarat, kita bersetuju meluluskan Peruntukan Khas Selangor Mesra Rakyat kepada 56 DUN dan ahli parlimen dengan kadar segera,” katanya ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor.


Beliau berkata, peruntukan khas itu adalah bagi memastikan rakyat di seluruh negeri Selangor menerima perolehan bekalan asas yang mencukupi seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan dalam tin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page