top of page

'Semua kanak kanak perlu bersekolah, berdokumen atau tidak'



Oleh: Abdullah Zaid


Kanak kanak tidak bersekolah ekoran masalah dokumen kewarganegaraan di Sarawak memerlukan satu kaedah khas untuk membolehkan mereka bersekolah.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Senator Abun Sui Anyit, Kementerian Pendidikan di semua peringkat perlu mempunyai kaedah pemudah cara agar perkara berkenaan dapat dilaksanakan.


Katanya, pekeliling mengenai isu itu perlu diperincikan segera agar anak anak Bumiputera tidak berdokumen dari kawasan terpencil itu tidak terus tercicir.


"Semasa Mesyuarat Khas MPN Sarawak pada 30 Mac lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Kerajaan Madani sedang melakukan yang terbaik untuk membolehkan anak-anak penduduk orang asal (Bumiputera) Sarawak yang tiada dokumen kewarganegaraan Malaysia untuk terus bersekolah," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Abun Sui, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendafraran Negara (JPN) juga perlu segera melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dokumentasi anak-anak malang tersebut di seluruh Sarawak.


"Bagi pihak ibu bapa kepada anak-anak yang terjejas akibat isu kewarganegaraan ini saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Madani.


"Semoga kita akan dapat menyaksikan hasilnya secepat mungkin. Selepas ini anak-anak ini akan dapat bersekolah dan memperolehi kewarganegaraan mereka masing-masing," ujarnya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page