top of page

Semua cabang perlu sokong himpunan 'Kekal Anwar' - KEADILAN Paya Besar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 3
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Paya Besar menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan "Kekal Anwar" yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 September ini.


Ketua Cabangnya Wan Fauzuldin Wan Samad (gambar) berkata, pihaknya menerusi satu mesyuarat yang diadakan telah sebulat suara menyokong himpunan sebagai manifestasi solidariti bersama kepimpinan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.


"Himpunan ini adalah platform untuk kita menyatakan pendirian bahawa tiada sebab munasabah untuk mendesak Anwar Ibrahim turun sebagai Perdana Menteri.


"Desakan turun Anwar baru-baru ini tidak lebih dari ketakutan pemimpin-pemimpin politik yang terbabit dengan skandal dan salah guna kuasa.


"Kita tahu Muhyiddin ada kes, menantu beliau juga ada kes, anak Hamzah juga ada kes. Mahathir dan anak-anak beliau tidak terkecuali, begitu juga anak Menteri Besar Perlis dan menantu Hadi Awang. Sebab itu, mereka kini giat mencipta tekanan politik (terhadap Anwar)," tegas beliau dalam kenyataan.


Himpunan yang dirancang pada 17 September depan merupakan anjuran Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) bertujuan menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Anwar yang dianggap mempunyai visi jelas dan kemampuan membawa Malaysia ke arah masa depan lebih adil dan makmur.


Presiden GTSM, Kamarudin Hussain menerusi satu sidang media pada Jumaat lalu menjemput semua pihak terutama belia, pertubuhan masyarakat sivil, serta penyokong kerajaan supaya hadir.


Sementara itu Wan Fauzuldin merakamkan penghargaan GTSM yang sudi menjadi penganjur utama program tersebut atas kesungguhan mereka mempertahankan kepentingan rakyat melalui solidariti bersama Perdana Menteri.

Beliau turut menyeru seluruh Cabang KEADILAN serta penyokong kerajaan perpaduan agar menggembleng tenaga menyertai perhimpunan tersebut demi mempertahankan kestabilan negara dan maruah kepimpinan yang sedang memulihkan Malaysia daripada kerosakan lampau.


"Kita mesti beritahu dunia bahawa rakyat Malaysia amat menghargai pengiktirafan global terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).


"Rakyat tidak akan membiarkan kelompok penyamun dan penyakau ini merampas semula kuasa melalui jalan belakang," katanya menerusi hantaran tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page