Semua berhak kritik Anwar, tetapi PH masih perlukan Anwar


Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengakui ada pihak yang cuba memintanya menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Negeri Melaka.


Katanya, sesiapa pun berhak mengkritik hatta sepedas mana pun ke atas para pimpinan PH termasuk Anwar akibat kekalahan tersebut.


"Namun, jika anda tanya pendapat saya, adakah Anwar wajar disalahkan dan diminta berundur dari memimpin PH, maaf, saya tidak mampu untuk bersetuju dengan anda..sekurang kurangnya untuk masa kini.


"Ya, dengan hormat, agak "fair" untuk mengatakan bahawa Anwar ada "saham" bagi kekalahan PH dan kesemua calon KEADILAN di Melaka, tapi harus diingat segala keputusan PH bukan dilakukan oleh Anwar seorang sahaja," katanya.


Sebaliknya beliau menyifatkan PH sentiasa dipandu atas keputusan kolektif.


"Maka menyalahkan hanya seorang individu sahaja sedangkan sebarang keputusan PH bukan bersifat keputusan tunggal sebaliknya, ianya adalah keputusan kolektif, bagi saya, maaf cakap, adalah tidak adil.


"Mungkin ada yang akan segera melabel saya terlalu pro-Anwar.Saya tidak tersinggung sedikit pun jika ada yang berperasaan sebegitu. Ia adalah kritikan yang adil terhadap saya yang mempertahankan Anwar.


"Sejak dahulu, saya sentiasa berusaha untuk mendidik diri saya cuba berlaku adil kepada sesiapa pun hatta sebenci mana pun saya kepada sesiapa pun. Sudah tentu sebagai insan yang lemah pendirian saya juga tidak sunyi dari kelemahan," katanya.


Oleh itu, katanya, beliau merasakan tidak adil untuk hanya menyalahkan Anwar atas kekalahan PH dan KEADILAN di PRN Melaka.


"Saya, secara peribadi, masih merasakan PH masih perlukan khidmat Anwar bersama kepimpinan PH yang sedia ada.


"Jujurnya, saya juga merasai bahawa jika kita semua pihak benar-benar jujur, kita juga perlu bersikap adil tentang pelbagai bentuk ketidakadilan yang mungkin tidak disedari juga banyak kali dilakukan ke atas Anwar," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER