top of page

Semua agensi kerajaan anjur majlis ilmu sepanjang Ramadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4, 2023
  • 1 min read


Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian digesa untuk menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam berkata majlis ilmu itu wajar memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran.


Jelasnya, cadangan majlis singkat waktu zuhur itu telah diusulkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


"Sebab itu kalau boleh diadakan majlis-majlis yang saya usulkan, maklum kepada Tan Sri KSN supaya semua jabatan, kementerian agensi ada majlis singkat waktu Zohor dari pukul 1.00 tengah hari sehingga Zohor itu dengan tazkirah yang menumpu kepada satu-dua ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat menghadam.


"Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya," katanya.

Untuk tujuan itu juga jelasnya, beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page