top of page

Sempadan Singapura: Jika BN ikhlas buka sebelum 12 Mac - Hassan Karim



Parti politik BN dan PN tidak sewajarnya hanya berjanji untuk membuka sempadan Malaysia - Singapura sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac ini.


Janji seperti itu seharusnya dibuat oleh pembangkang yang tidak menguasai kerajaan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, pembukaan sempadan oleh kerajaan BN boleh dilakukan dengan segera memandangkan mereka memerintah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Sebaik baiknya, kata Hassan, sempadan dibuka sebelum 8 Mac untuk memudahkan bangsa Johor pulang mengundi.


"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang yang rakyatnya ramai berkerja di Singapura, saya mendesak Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan supaya membuka sempadan Johor - Singapura dengan segera sebelum 12 Mac.


"Langkah pembukaan sempadan itu akan membolehkan ribuan pekerja yang menjadi pengundi dapat pulang ke Johor untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 12 Mac 2022," katanya


Kegagalan membuka sempadan Malaysia - Singapura sebelum ini menjadi bahan kemarahan rakyat kerana pihak berkuasa Malaysia yang tidak serius merundingkan pembukaan sehingga menyukarkan 200,000 bangsa Johor yang bekerja di Singapura dan menghilangkan pendapatan pekerja harian yang tidak boleh berulang alik ke seberang tambak.

1 comment

1 Comment


CS Gan
CS Gan
Mar 08, 2022

Pasal undi semua pun boleh. Singapura tak kan terima.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page