Sempadan pilihan raya tempang, pengundi terima RM1 bajet bakul makanan?


Persempadanan pilihan raya yang tempang dan digunakan oleh kerajaan BN sebelum ini untuk menang setiap pilihan raya menyebabkan bantuan bakul makanan hari ini sukar diagihkan secara saksama di kawasan pembangkang.


Hal itu berlaku di Parlimen Bangi diwakili Dr Ong Kian Ming yang mempunyai 190,000 pengundi


Jumlah tersebut jika diambil kira penduduk yang belum layak mengundi maka angkanya melebihi 200,000 orang, yang menyebabkan peruntukan bakul makanan RM300,000 terpaksa dibahagikan kepada begitu banyak jiwa.


"Untuk menunjukkan kesan ketidakadilan jumlah pengundi kerusi Parlimen dan DUN buat masa sekarang, kita perlu rujuk kepada bakul makanan RM300,000 yang diberi kepada setiap Ahli Parlimen. Bagi saya (di Bangi) dengan 190,000 pengundi, maksudnya satu pengundi (per kepala) dapat RM1.00


"Jadi apabila kita memberi nombor seperti itu pada masa rakyat sensara sejak wabak Covid ini, ia menunjukkan bahawa reformasi sistem PRU dan persempadanan semula perlu dilaksanakan secepat mungkin," katanya dalam forum maya anjuran Bersih 2.0 bertajuk "Sempadan Pilihan Raya dan Anak Muda Undi 18", semalam.


Sewaktu era pentadbiran BN menjadi kelaziman persempadanan semula kawasan pilihan raya digunakan untuk menyusun demografi pengundi secara bermuslihat. Kawasan pembangkang yang biasanya merupakan kawasan campuran ditempatkan sebanyak mungkin pengundi DAP dan KEADILAN.


Manakala kawasan Parlimen di sebelahnya yang condong kepada BN dikurangkan jumlah pengundi bagi memastikan kemenangan memihak kepada pemerintah.


Situasi tersebut menjadi malapetaka apabila berlaku pandemik Covid dan bantuan diberikan bukan berasaskan jumlah penduduk tetapi kawasan Parlimen.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER