top of page

Semoga Tahun Baharu Cina bawa limpahan kebahagiaan, rezeki

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 8, 2024
  • 1 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini dengan harapan perayaan itu tahun ini membawa limpahan kebahagiaan dan bertambah rezeki.


Perdana Menteri berkata perayaan kali ini yang merupakan giliran Tahun Naga menurut kalendar Cina membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti serta keyakinan.


"Justeru itu, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia mesti teruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani.


"Di pihak Kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.


"Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page