top of page

Semoga Syawal beri kebahagiaan kepada semua - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 31
  • 1 min read

ree

Berakhirnya Ramadan dan tibanya Syawal menjelmakan kegembiraan buat umat Islam menyambut hari lebaran.


Bagi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hari raya merupakan hari untuk melupakan sebarang kesukaran, waktu untuk bergembira dan bermaaf maafan sesama keluarga dan handai taulan, buang yang keruh ambil yang jernih.


"Izinan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.


"Semoga Syawal memberikan kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua," kata Fadhlina dalam perutusan Aidilfitrinya.


Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat turut menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari seluruh rakyat Malaysia dan anggota KEADILAN.


"Kita semua manusia biasa yang tidak pernah lepas berbuat silap.


"Saya ambil kesempatan dalam bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang, saya mewakili saf kepimpinan Wanita KEADILAN ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kesilapan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page