Seminggu banjir, video kutuk kelemahan kerajaan semakin tular



Genap seminggu berlakunya banjir luar biasa di Selangor, klip video netizen menghentam kerajaan semakin banyak dikongsikan di media sosial.


Menunjukkan rasa tidak puas hati berterusan rakyat ke atas pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang lewat bertindak menyelamatkan mangsa banjir dalam 48 jam terawal.


Video paling kerap tular adalah persiapan menghadapi banjir Kerajaan Persekutuan apabila PM melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional pada 1 Oktober lalu.


Klip video tersebut memaparkan aset lengkap negara dari Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia yang membariskan lori, bot, kenderaan pacuan empat roda termasuk skil menuruni bangunan menggunakan tali oleh anggota penyelamat.


Namun di penghujung klip netizen menulis persoalan, di manakah aset yang telah dipersiapkan itu pada bencana 17 Disember lalu?


Satu lagi klip 1 minit 55 saat memaparkan luahan hati sukarelawan yang terlibat memberi bantuan bencana di Selangor. Mempersoalkan mengapakah pihak kerajaan tidak mengkoordinasi semua jentera yang ada sesegera mungkin sedangkan telah masuk hari keempat banjir.


"Saya sejujurnya beberapa hari ini penat tahan sabar, saya asyik pujuk hati jangan marah marah sangat kerajaan on your twitter, Instagram, tetapi dah empat hari kami menjalankan misi banjir dan saya banyak sangat soalan nak tanya kerajaan. Bila nak mulakan koordinasi nasional?


"Bomba, askar sampai langgar arahan untuk turun selamatkan rakyat. Ini tak sepatutnya berlaku. Kedua majlis pelancaran (misi bantuan banjir) dibuat besar besaran dengan banner, sewa dewan hotel, tetapi mana sukarelawan dari kerajaan? Mana bantuan yang sepatutnya kerajaan beri kepada rakyat?" soalnya.


Netizen itu juga menggesa agar kerajaan tolak ke tepi isu isu politik dan utamakan rakyat terlebih dahulu ketika bencana berlaku.


Manakala klip yang paling kontroversi berlegar di twitter menunjukan gambar PM melawat ke sebuah kampung yang dilanda banjir, menurunkan cermin tingkap kenderaan dan beberapa mangsa banjir mengadu mereka menumpang rumah jiran, banyak lagi mangsa di kawasan berhampiran.


"Kami tumpang di sini, banyak lagi di sana...... dalam situ. Dalam situ yang banyak," kata wanita separuh baya berkenaan. namun kenderaan yang membawa PM berlalu pergi.


PM dipersoalkan kerana tidak segera memberi arahan kepada NADMA, ATM, Bomba dan sebagainya untuk turun menyelamat pada 18 Disember apabila sesetengah kawasan di Shah Alam, air banjir telah melepasi paras pinggang dan di Klang separas dada, dan tidak mungkin mangsa boleh dikeluarkan oleh agensi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah sebagaimana yang sering disebut oleh beliau apabila menyalahkan kelembapan Kerajaan Negeri.


Netizen juga mempersoalkan sekiranya permintaan Menteri Besar Selangor pada malam 18 Disember untuk menurunkan tentera segera ditanggapi oleh PM maka korban jiwa tidak akan sebesar sekarang.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER