Seminar Wanita MADANI bukti komitmen SWAN perkasa golongan wanita
- Suara Keadilan

- Sep 9
- 1 min read

Sekolah Wanita (SWAN) melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya berjaya menganjurkan Seminar Wanita MADANI.
Bertemakan “Pemacu Negara: Kepimpinan, Dasar dan Masa Depan Negara”, seminar tersebut yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ahad menjadi wahana penting memperkasa peranan wanita dalam agenda Malaysia MADANI.
Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek melalui ucapan penutup seminar itu menegaskan bahawa pemberdayaan wanita bukan agenda politik sempit, sebaliknya usaha bersama yang mesti didukung merentasi batas kepartian.
"Isu kesaksamaan gender dan bias terhadap wanita juga perlu ditangani bersama. SWAN perlu terus berperanan sebagai penghubung komuniti wanita. Saya melihat jaringan wanita perlu diperteguhkan. Kita perlu saling menyokong, bukan menjatuhkan," katanya dipetik.
Justeru beliau menekankan kepentingan melaksanakan program latihan berkualiti merangkumi kepimpinan, komunikasi dan pengantarabangsaan secara inklusif agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
"Wanita terpimpin, generasi terbilang," ujar Fadhlina yang menutup ucapannya dengan keyakinan bahawa wanita mampu menjadi pemacu masa depan negara.
Sekolah Wanita atau SWAN yang diilhamkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek adalah usaha memperkasakan golongan hawa dalam melahirkan pemimpin yang demokrasi membawa cabaran negara.
SWAN diilhamkan Fadhlina Sidek adalah usaha untuk memperkasa wanita dan melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang berilmu dan mempunyai visi.
Dibangunkan di bawah kerangka aktivisme sosial dan pembangunan modal insan, program ini menawarkan pelbagai modul dalam bidang politik, demokrasi, ekonomi, komunikasi, perundangan, serta personaliti dan keterampilan.









Comments