top of page

Seminar Malaysia MADANI di PPAS jadi jendela pengetahuan, komuniti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Usaha Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dilihat berjaya mengangkat peranannya melebihi fungsi tradisional sebagai pusat pinjaman buku, dengan menjadikannya pusat perkongisan ilmu pengetahuan, komuniti dan budaya yang progresif.


Justeru, inisiaitf PPAS antaranya dengan mengadakan “Seminar Malaysia MADANI, ASEAN dan BRICS” dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) baru-baru ini menawarkan pengalaman keperpustakaan yang jauh lebih aktif dan inklusif.


"Ini kali pertama saya ke PPAS, dan saya terkejut dengan kehadiran ramai orang. Manakala seminar yang dianjurkan ini pula menjadi suatu jendela bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk hadir ke perpustakaan untuk menyertai program seperti seminar yang boleh dicontohi oleh mana mana perpustakaan.


"Dalam masa yang sama topik yang dibincangkan juga menarik selain menampilkan tokoh-tokoh berkaitan dengan bidang mereka. Kalau sebelum ini, perpustakaan sinonim dengan kanak-kanak dan remaja, tapi kali ini ia membuka ruang kepada sesiapa pun yang ingin mendalami ilmu," kata Adi Irfan (gambar) kepada Suara Keadilan.


Beliau turut membentangkan kertas kerja bertajuk “Sastera sebagai cerminan identiti bangsa, novel Pramoedya dan kemerdekaan Indonesia”, yang mencerap pengalaman sasterawan Indonesia itu menjadikan penulisan sebagai pelantar bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam melawan penjajahan Belanda.


Tambah Adi lagi, PPAS boleh menjadi magnet dan pelantar bagi pembentangan idea dan menghidupkan suasana ‘perpustakaan baru’ yang lebih segar, lebih terbuka dan lebih mesra masyarakat seiring semangat Malaysia MADANI yang menjadi tema seminar yang dianjurkan.


"Seminar ini boleh menjadi tunjang ataupun percikan untuk menjadikan PPAS berkembang dengan lebih progresif selain menarik lebih ramai pengunjung," katanya lagi.


Seminar yang berlangsung selama dua hari itu menjemput Duta Besar Republik Bolivaria Venezuela, Radamés Jesús Gómez Azuaje yang turut menyampaikan ucaptama, selain perkongisan dan kertas kerja dibentangkan oleh kira-kira 20 sarjana dan ahli akademik dari dalam dan luar negara.

Mohamad Haidir Mahmud
Mohamad Haidir Mahmud

Pandangan beliau turut dikongsi rakannya, Mohamad Haidir Mahmud seorang aktivis Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang menjelaskan bahawa konsep diterapkan PPAS bersifat kekeluargaan dan menyeluruh menjadi perpustakaan itu menjadi pusat sehenti yang mesra untuk semua lapisan masyarakat.


Beliau mengimbas pengalamannya ketika menerima jemputan ke Venezuela bagi mewakili AMK Malaysia bagi program perkongsian budaya di Caracas memaklumkan institusi masyarakat seperti perpustakan perlu diolah mengikut kesesuaian konteks dan peredaran masa.


"Di Venezuela, saya lihat setiap program akademik atau pendidikan akan disulam dengan penganjuran acara budaya. Saya lihat cara itu menarik kehadiran dari pelbagai segmen pengunjung.


"Untuk permulaan, inisiatif seperti dilakukan PPAS ini patut dicontohi perpustakaan lain. Tak kisah seminar atau program komuniti lain, yang penting adalah usaha untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.


"Mungkin pada masa akan datang, kita berharap ada juga bentuk program popular lain seperti penganjuran festival filem atau festival muzik dan sebagainya," kata Haidir lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page