
Tahun Baharu Cina merupakan peluang untuk menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Mesej itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungan bersama isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah ke sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Dalam muatnaik di Facebooknya Anwar menegaskan agar rakyat semarakkan aktiviti kunjung mengunjung dan menyantuni sahabat handai tidak kira bangsa dan agama.

Begitu juga dalam menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kerana menjemputnya dan isteri ke majlis rumah terbuka berkenaan.
"Terus semarakkan rasa cinta dan rahmah antara kaum dan usah diperpanjang retorik perkauman yang merosakkan," pesan Anwar dalam catatannya.
Comments