Semarak toleransi tanpa korban prinsip agama - PM


Umat Islam di negara ini diseru supaya bersikap lebih bertolenrasi dan menyemarak kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, pendekatan itu tidak bermaksud umat Islam perlu mengorbankan prinsip atau pegangan, sebaliknya berperanan menjadi contoh dengan menjauhi keterlaluan, rasuah dan penipuan.
"Bagi umat Islam, saya katakan, tunjukkan lebih banyak sikap toleransi dan kasih sayang. Ia tidak bermaksud kita mengorbankan prinsip dan pegangan kita.
"Kita tetap menunaikan solat, melakukan kebaikan, menjauhi sikap melampau, rasuah dan sakau serta menjadi contoh yang baik kepada semua," katanya dipetik laporan media.
Presiden KEADILAN itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Menerusi ucapan sama, Anwar turut mengingatkan umat Islam supaya tidak terlalu cepat menghukum sesuatu perkara.
Dalam masa sama beliau turut menyeru supaya khazanah keilmuan Islam tidak diketepikan hanya kerana mahu mengikuti pandangan atau pemikiran baharu.
"Kefahaman terhadap Islam perlu terus diperkukuh menerusi pengajian yang lebih mendalam, selain tidak mengetepikan khazanah dan tradisi keilmuan Islam yang terbina sejak sekian lama," ujarnya.




Comments