top of page

Isu MCBA-NUBE: KESUMA sedia jadi pemudah cara rundingan

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
1 hour ago
1 min read
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Foto kredit: Bernama
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Foto kredit: Bernama

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memberi perhatian serius terhadap isu Perjanjian Kolektif Ke-20 dan Bantuan Perayaan antara Persatuan Bank-Bank Komersial Malaya (MCBA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) khususnya yang menyentuh kebajikan pekerja serta keharmonian perusahaan.


Menerusi kenyataan pada Selasa, kementerian itu menegaskan komitmennya terhadap prinsip kedaulatan undang-undang.


Sehubungan itu, kementerian menyeru semua pihak agar menghormati proses kehakiman serta mengelakkan sebarang spekulasi atau ulasan yang boleh menimbulkan kekeliruan.


"KESUMA kekal komited terhadap pendekatan tripartit melibatkan kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja sebagai asas dalam memelihara keharmonian perusahaan.


"KESUMA melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan ruang rundingan kekal terbuka, konstruktif dan berteraskan sikap saling menghormati," kata kenyataan itu.


Pertikaian antara MCBA dan NUBE membabitkan pembayaran Bantuan Perayaan serta Perjanjian Kolektif Ke-20, Isu tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan dan dijadualkan untuk pendengaran pada 22 Mac 2027.


Menerusi kenyataan sama KESUMA turut menyatakan kesediaan untuk menjadi pemudah cara bagi membantu kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang munasabah.


"Matlamat kementerian kekal konsisten untuk membantu mewujudkan penyelesaian yang menjaga kebajikan pekerja, menghormati kepentingan majikan dan memelihara keharmonian perusahaan," kata kenyataan itu lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page