Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, semangat saling menghormati dan perpaduan merupakan kekuatan bangsa Malaysia untuk menuju kejayaan.
Dalam ucapan Tahun Baharu Cina, beliau berkata dengan saling bertoleransi sahaja rakyat Malaysia dapat mencapai kemajuan akan hidup aman dan bahagia.
"Kita berharap sambutan ini (walaupun dalam pandemik Covid 19) terus mengembirakan masyarakat Tiong Hua dan kita berharap tahun baharu ini menguatkan azam serta kekuatan kita untuk memastikan bukan sahaja kita membangunkan keluarga kita, negeri kita dan juga negara kita.
"InshaAllah dengan semangat perpaduan yang ada, semangat saling mengormati yang telah ditanam parti kita kepada semua pasti kita akan kekal bahagia di bumi yang kita cintai ini," katanya dalam siaran Tahun Baharu Cina KEADILAN secara maya pada pagi tadi.
Aminuddin juga menasihatkan agar rakyat terus patuh SOP ketika merayakan Tahun Baharu Cina agar pandemik Covid dapat dikekang dan tidak terus menjejaskan kehidupan.
"Kita berdoa semoga Covid dapat dilandaikan dan kita menyambut perayaan ini kembali seperti sediakala pada tahun hadapan. Sama-sama kita berdoa," katanya lagi.
Commentaires