top of page

Semangat nasionalisme ekonomi, sektor swasta digesa laksana BDR

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 15 hours ago
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa sektor swasta membenarkan pekerja bekerja dari rumah (BDR) ketika negara sedang berdepan cabaran ekonomi masa kini.


Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, langkah itu bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara yang merupakan tanggungjawab kolektif setiap segmen dan lapisan masyarakat dan pihak swasta diseru melaksana BDR sebagai terjemahan kepada semangat nasionalisme ekonomi.


"Sektor swasta wajar melaksanakan dasar BDR secara bersasar bagi tugasan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal secara konsisten.


"Usah kita terus terperuk dengan sikap lama tanpa kesediaan untuk berubah ke arah model operasi yang berani dan mampan," katanya menerusi satu kenyataan.


Kenyataan tersebut sebagai respon terhadap Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang mendakwa dasar BDR tidak sesuai dalam konteks tenaga kerja Malaysia.


Sementara itu, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan menolak alasan MEF dengan menyifatkan ia hujah bersifat regresif dan tidak berpijak di bumi nyata.


Tegasnya, pengalaman negara ketika mendepani fasa pemulihan Covid-19 telah membuktikan bahawa fleksibiliti di tempat kerja bukanlah satu penghalang, sebaliknya pemangkin kepada produktiviti.


Beliau juga mengingatkan, kebajikan pekerja harus diutamakan dengan memberikan fleksibiliti untuk membantu mereka mengurus kos sara hidup di kawasan bandar.


"Model kerja fleksibel mampu mencapai keseimbangan kerja-kehidupan sambil mengurangkan kos operasi (OPEX) syarikat dan beban perbelanjaan harian rakyat, terutamanya kos petrol dan pengangkutan.


"Fleksibiliti tempat kerja kini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai mekanisme pertahanan ekonomi yang efektif dalam menghadapi ketidaktentuan harga minyak dunia," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page