top of page

'Semangat juang hebat, membuah kemenangan manis'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 10, 2023
  • 1 min read

ree

Semangat juang aktivis KEADILAN dari seluruh negara yang turun membantu kemenangan calon Pakatan Harapan di Johor akan dikenang dalam lipatan sejarah.


Bagi pimpinan yang bertanggungjawab (PIC) menjaga Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, Ysahrudin Kusni, beliau mengucapkan syabas kepada semua yang bekerja keras sepanjang 2 minggu berkempen di kawasan tersebut.

ree
Ysahrudin Kusni

"Kepada semua petugas-petugas , jentera KEADILAN PRK DUN Simpang Jeram. Di atas segala sumbangan semua jentera sama ada dari tenaga, masa, idea dan wang ringgit, amatlah kami hargai.


"Semangat juang yang tinggi dari semua petugas dan jentera telah membuahkan hasil kemenangan yang sangat manis dalam perjuangan ini," katanya dalam kenyataan sejurus selepas kemenangan ADUN Ir Nazri Abdul Rahman malam tadi.


Dalam pada itu, Ysahrudin turut memohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sepanjang kempen PRK DUN Simpang Jeram berlangsung.


"Semoga tuhan menerima amal baik dan merahmati hidup kita semua, InshaAllah," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page