top of page

Semangat juang Aunty Bersih begitu tinggi, memaknai Reformasi



Oleh: Abdullah Zaid


Suasana sayu menyelubungi majlis peringatan mendiang Puan Annie Ooi atau lebih dikenali sebagai Aunty Bersih di Gereja St Joseph, Sentul, petang ini.


Upacara yang diadakan pada 18 April hingga 19 April, bermula hari ini diadakan bagi mengingati semula jasa tokoh kebangkitan rakyat itu dalam memaknai liku perjuangan Reformasi.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir memberi penghormatan terakhir hari ini menyifatkan perjuangan bekas guru Bahasa Inggeris tersebut memberi kesan mendalam kepada dirinya dan perlu menjadi teladan kepada generasi muda dalam membawa perubahan.


"Saya memberikan penghormatan terakhir sebab semangat dan perjuangan Reformasi yang beliau bawa.


"Walaupun usia beliau tidaklah begitu muda tetapi semangat juangnya yang amat tinggi menyertai demonstrasi Bersih dan bermacam (siri himpunan) lagi perlu diambil oleh kita yang masih muda ini.


"Saya percaya perjuangan yang dibawa beliau ini akan memberi kesan kepada kita semua," katanya kepada media.


DS Dr Wan Azizah menandatangani buku ucapan takziah pemergian mendiang Pn Annie Ooi

Mendiang Anne merupakan anak jati Bukit Mertajam Pulau Pinang menetap di Wangsa Maju, meninggal dunia pada umur 78 tahun.


Beliau acapkali dilihat dalam siri demonstrasi jalanan Bersih dan diangkat sebagai ikonik 'Aunty Bersih' selepas demonstrasi Bersih 2.0 pada 2011.


Berpakaian kemeja-T kuning terang sambil memegang bunga kekwa putih, imej Aunty Bersih dikenang takkala beliau disimbah dengan air bercampur kimia oleh Polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di luar Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur.


Sikap beliau yang tidak gentar dan sering terlibat dalam siri himpunan Anti-Lynas, Anti-GST dan #BebasAnwar kemudiannya diangkat dengan jolokan 'Malaysian Lady of Liberty'.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page