top of page

Semangat Aidilfitri, hindari perbezaan, rapatkan hubungan antara kaum



Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini perlu dijadikan landasan untuk meningkatkan hubungan antara kaum di negara ini.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, terdapat perbezaan pendapat dan isu isu yang merenggangkan hubungan antara kaum pada tahun ini yang perlu didamaikan dengan semangat Aidilfitri.


"Selaras dengan ideologi KEADILAN, parti politik yang bersifat inklusif. Setiap perbezaan, kita rai bersama. Isu stokin dan poster, sedikit pun tidak menggugat perpaduan masyarakat kita. Setiap cabaran, kita harungi bersama. Reformasi, menjadi tunggak Malaysia Madani.


"Sepanjang bulan Ramadan, telah banyak yang kami lakukan untuk menyantuni masyarakat Wangsa Maju. Jadual saya penuh dengan aktiviti. Semenjak Ramadan 1, hampir setiap hari saya mempunyai aktiviti bersama penduduk, tidak kira bersama surau, sekolah mahupun di persatuan penduduk.


"Malah, kami juga mengadakan majlis berbuka puasa di dalam surau, dengan jemputan dihulur kepada masyarakat Tiong Hua dan India setempat. Program bukan besar, bukan di dewan mahupun hotel, tetapi cukup tersasar untuk menyambut bersama ahli-ahli KEADILAN dan penduduk setempat," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, sebagai Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju sepanjang ramadan beliau menyantuni umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa.

Andre berpeluang memasak juadah berbuka puasa

Sesuai dengan konsep Cabang KEADILAN Wangsa Maju yang tidak mengenal perbezaan kaum atau agama


"Dari Seksyen 1 ke Danau Kota, dari Jalan Gombak ke Jalan Madrasah, dari Wangsa Melawati ke Taman Melati - Wangsa Maju telah menjadi rumah kepada komuniti berbilang bangsa dengan kehadiran masyarakat Melayu yang dominan.


"Masjid, surau dan jaringan 9 kampung warisan di sepanjang Jalan Gombak, telah menjadi mercu tanda di Wangsa Maju. Namun, yang istimewa adalah masyarakat majmuk yang boleh hidup bersama tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama," katanya lagi.


Dalam kemeriahan Aidilfitri, Andre Lai mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang telah memperuntukkan bantuan makanan kepada masyarakat di Wangsa Maju; termasuk Yayasan Madani, Datuk Ramayah dan Datuk Seri Shamsul Iskandar yang telah disalurkan melalui jawatankuasa cabang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page