top of page

Semakin ramai tidak pedulikan penjarakan sosial, kerajaan perlu bertindak - Wong Chen


Kes positif COVID-19 yang dicatatkan semakin berkurangan kebelakangan ini, tetapi itu tidak bermakna rakyat boleh keluar rumah tanpa mengamalkan langkah penjagaan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit itu.


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata sikap rakyat dalam menangani jangkitan COVID-19 ketika ini dilihat semakin acuh tak acuh dan perkara itu boleh dilihat dengan jelas di kawasan perumahannya.


"Di kawasan kejiranan Mont Kiara, saya menyaksikan semakin banyak orang mengambil pendekatan sambil lewa. Sebagai contoh, jumlah orang yang tidak memakai topeng muka semakin meningkat.


"Dari pemerhatian peribadi saya, dua minggu yang lalu, sekitar 90% orang di jalanan memakai topeng. Tapi masa saya pergi ke pasar raya baru-baru ini, jumlahnya menurun hingga sekitar 60%," katanya menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.


Wong menjelaskan, perkara itu berlaku mungkin disebabkan kebenaran dan kelonggaran yang diberikan kerajaan memberikan gambaran seolah-olah bahawa rakyat sudah bebas dan selamat untuk pergi ke mana-mana sahaja, sedangkan kerajaan masih dalam keadaan berjaga-jaga.


"Kita perlu terus berwaspada dan kekalkan pendekatan berjaga-jaga apabila sektor ekonomi kembali dibuka sepenuhnya. Memang sifat semula jadi manusia yang kadang-kadang terlupa untuk berjaga-jaga, dan inilah sebabnya kerajaan perlu melakukan sesuatu ketika ini.


"Kerajaan sebenarnya perlu menggandakan pesanan mengenai penjarakan sosial, mencuci tangan dan memakai topeng. Dalam memerangi COVID-19, kerajaan harus menanamkan idea bahawa kebebasan yang lebih besar harus datang dengan tanggungjawab yang lebih besar," katanya lagi.


Setakat ini, Malaysia mencatatkan 121 jumlah kematian, namun bilangan kes positif berada di bawah paras 10 kes sahaja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page