top of page

'Semakin PMX Mendonia, Semakin Pembangkang Tersakiti'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 12
  • 2 min read

DS Anwar kini berperanan sebagai jurucakap negara ASEAN kepada dunia luar. Foto: arkib
DS Anwar kini berperanan sebagai jurucakap negara ASEAN kepada dunia luar. Foto: arkib

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Blok pembangkang kini ghairah mendesak mahu menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) daripada kerusi perdana menteri.


Selain melalui kenyataan dan ucapan, mereka juga merancang mengadakan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai depan.


Menjelang tarikh tersebut, mereka mula turun ke negeri-negeri untuk mempromosi himpunan tersebut. Pembangkang cuba mengait apa sahaja yang terlintas - sama ada relevan atau tidak - untuk diheret bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.


Alahai semakin PMX 'mendonia', menjulang Malaysia ke pentas dunia hingga disegani pemimpin-pemimpin antarabangsa maka nampaknya semakin pembangkang tersakiti.


Ketandusan idea


Pembangkang hakikatnya ketandusan idea dan seolah-olah tidak terbuka mata bila mereka mahu menjatuhkan PMX yang telah dikenali di seluruh dunia.


Sedangkan mereka sendiri tiada calon PM yang jelas. Maka fikirkanlah perkara-perkara di bawah ini:


  • Dalam masa dua tahun sejak Anwar menjadi Perdana Menteri gaji dan pencen kakitangan awam naik.

  • Gaji minimum juga naik kepada RM1700.

  • Bonus tahunan, bonus raya tidak pernah tidak diberikan.

  • Veteran tentera tidak berpencen sekarang dapat RM500 sebulan

  • Bayaran STR atau Sumbangan Tunai Rahmah naik.

  • SARA atau Sumbangan Asas Rahmah turut naik

  • Penerima Mykasih naik kepada 5.4 juta penerima dengan bayaran RM100 sebulan.

  • Isu ketiadaan beras tempatan tidak lagi kedengaran.

  • Harga sawit, getah dan harga belian padi naik.

  • Dividen Syariah KWSP mencatat rekod tertinggi sejarah

  • Bantuan persekolahan, subsidi nelayan, petani, penoreh naik,

  • Flysiswa atau bantuan subsidi pembelian tiket kapalterbang untuk pelajar univesiti naik.

  • Pelaburan naik dan setiap kali Perdana Menteri melawat ke luar negara, sentiasa ada jumlah pelaburan dibawa balik.

  • Bantuan Sekolah Agama dikembalikan.

  • Tandas sekolah dan gerai di seluruh negara dinaiktaraf,

  • Sewa tapak bazar Ramadan kini hanya RM500 sahaja.

  • Harga ayam, daging dan telur boleh dikatakan stabil dan ada kalanya turun.

  • Majlis ilmu subur, ulama-ulama dunia silih berganti datang ke Malaysia.

  • FELDA dinaiktaraf dan terus dikembangkan lagi

  • Malaysia nombor satu kedudukan dunia dalam ODIN,

  • SAPURA yang rugi bertahun-tahun, sekarang sudah untung RM100juta

  • MAS untung tiga tahun berturut-turut

  • Anwar selaku Perdana Menteri terus disanjungi di seluruh dunia dan ke mana sahaja beliau pergi.


Apa sebab PM perlu turun?


Angka dan fakta tidak pernah menipu, maka sebab apa Perdana Menteri mahu diturunkan.


Nasihat penulis eloklah mereka yang merasa 'tersakiti' jiwanya melihat kegigihan PMX menjulang Malaysia merawati hati kalian sebelum binasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page