top of page

SelVAX berjaya tambah 200,000 dos suntikan vaksin warga Selangor


Program Vaksin Selangor atau SelVAX telah berjaya mempercepatkan program vaksinasi Covid 19 di Selangor dengan mencapai 207,368 suntikan sehingga 2 Ogos 2021.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampus UniKL Gombak, semalam.


PPV tersebut dioperasikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan mampu memberi 1,000 dos suntikan vaksin sehari.


"Setakat 2 Ogos 2021, sejumlah 4.58 juta dos vaksin telah disuntik di Selangor. Manakala, menerusi SelVAX pula, tambahan sebanyak 207,368 dos telah disuntik.


"Sebanyak 27%, bersamaan 1.28 juta individu pula lengkap 2 dos vaksin di Selangor," katanya.


Selain itu menurut Amirudin, Kerajaan Negeri juga menyediakan Inisiatif Rebat Pengangkutan Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan kerjasama dengan Grab Malaysia dan telah menerima 11,223 permohonan.


Sebanyak 8,239 permohonan telah diluluskan dengan peruntukan RM 68,400.


Pendaftaran masih dibuka. Warga yang memerlukan boleh mendaftar di https://rebatpengangkutangrabvaksin.borangmbiselangor.com/



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page