top of page

Seluruh anggota KEADILAN perlu bersatu hadapi PRU 15



Amanah yang diberikan kepada pasukan "Ayuh Malaysia" tidak akan disia siakan terutama dalam memperkukuh parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Hal itu diungkapkan oleh Naib Presiden KEADILAN yang baharu, Chang Lih Kang.


"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota parti yang telah memberi sokongan kepada saya dan pasukan


"Sesungguhnya saya dan rakan-rakan akan menggalas amanah ini dengan sebaiknya bagi memperkasakan parti untuk mencapai kemenangan dalam PRU akan datang.


"Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat sukarelawan pasukan "Yakini Rakyat", yang bertungkus-lumus menganjurkan program-program jelajah negeri serta kerja-kerja kempen di peringkat cabang. Tanpa usaha dan kegigihan kalian, saya tidak mungkin dapat menikmati kemenangan ini," katanya.


Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) di bawah pimpinan Dr Zaleha Mustafa yang telah berjaya memastikan pemilihan berjalan dengan lancar walaupun masa persediaan yang diberikan begitu singkat.


Kepada keluarga besar KEADILAN, Lih Kang berkata, tibalah masanya untuk mereka bertaut kembali menentang musuh bersama BN - PN menuju pertempuran akhir yang paling mencabar.


"Seperti yang kita sedia maklum "core business" sesebuah parti politik adalah menang dalam pilihan raya.


"Selepas pemilihan parti selesai, kita akan menghadapi PRU dalam tempoh yang singkat. Maka, saya ingin menjemput seluruh anggota parti untuk mengambil pendekatan "biduk lalu, kiambang bertaut".


"Mudah-mudahan, kita akan mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam PRU yang akan datang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page