top of page

Seluruh agensi siap siaga bantu penduduk hadapi banjir - MB Selangor



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyeru penduduk di kawasan berisiko di negeri itu sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya Amirudin turut memaklumkan seluruh agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir dan bencana telah bersiap siaga dalam memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran operasi bantuan.


"Ikuti pengumuman terkini dan mematuhi arahan perpindahan jika diperlukan," katanya.


Hantaran itu menyusul tinjauannya ke kawasan terjejas banjir dan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru pada Jumaat dengan diiringi ADUN kawasan itu Mariam Abdul Rashid.


Terdahulu hujan lebat hampir 48 jam sejak Khamis dilapor menjadi punca kawasan sekitar Kapar dan Meru dilanda banjir kilat.


Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS dibuka di Selangor bagi menempatkan 487 mangsa daripada 111 keluarga.


Sementara itu menurut Amirudin, beliau sudah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menyegerakan empat projek kolam takungan yang dijangka membantu mengurangkan risiko banjir di kawasan terbabit.


"Banjir di Meru sudah berlarutan sejak 15 tahun lalu dan ini yang kedua berlaku untuk tahun ini. Kita ada empat projek yang sedang dirancang dan saya sudah arahkan JPS untuk siapkan segera," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page