top of page

Selesaikan segera masalah gangguan bekalan air di Kota Marudu - Ketua AMK Marudu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 15, 2022
  • 1 min read


Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Kerajaan Negeri digesa menyelesaikan segera masalah gangguan bekalan air di Kota Marudu yang berlaku hampir setiap minggu sejak dua bulan kebelakangan ini.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kota Marudu, Zaidi Jatil, masalah gangguan bekalan air tersebut bukanlah baharu tetapi telah berlaku dalam beberapa tahun dan semakin memburuk sejak April lalu.


"Dalam hal ini pihak JANS haruslah jujur. Jika ada masalah berpunca daripada enjin pam air yang sudah uzur, atau pun saluran paip yang sudah rosak maka ia harus ditukar. Mereka mesti memohon peruntukan Kerajaan Negeri. Jika hanya dibaik pulih maka masalah tersebut akan berulang dan tidak akan selesai.

Masalah terputus bekalan air tidak wajar berpanjangan

"Pernah berlaku sehingga dua minggu terputus bekalan air di Kota Marudu, dan terkini sudah enam hari tiada bekalan air bersih.


"Jadi Kerajaan Negeri dan Kementerian Kerja Raya haruslah memandang serius masalah ini kerana air adalah keperluan utama rakyat," katanya.


Lebih parah, kata Zaidi, Kota Marudu hanya memiliki sebuah lori tangki air dan tidak boleh menampung keperluan puluhan ribu penduduk di daerah berkenaan.


Beliau juga dimaklumkan para peniaga restoran terpaksa membeli air tubewell yang harganya RM150 untuk satu tanggki.


"Jika Kerajaan Negeri sudah tidak mampu urus Jabatan Air Negeri Sabah lebih baik diswastakan sahaja.


"Sekiranya perancangan tidak dilakukan secara teliti dalam menangani isu air di daerah ini, kesannya untuk jangka panjang akan lebih buruk dan pengguna akan berterusan menghadapi krisis bekalan air bersih," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page