top of page

Selesai masalah dalaman, perkuat parti peringkat negeri, cabang, ranting



KEADILAN harus diperkemaskan pada semua peringkat dan masalah dalaman perlu diselesaikan dengan segera.


Pembahas dari Sabah, Peto Galin berkata, masalah dalaman KEADILAN tidak boleh berlarutan sebaik sahaja kongres nasional selesai.


Beliau juga mencadangkan agar lantikan baharu jawatan di semua peringkat dibuat dengan memilih individu yang benar benar berkualiti bagi menggalas cabaran bertempur dalam pilihan raya umum akan datang.


"Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak, sentimen pengundi rakyat Sabah lebih kepada parti rakyat tempatan.


"Oleh itu, saya mengusulkan kepada pimpinan tertinggi KEADILAN dan PH supaya status autonomi KEADILAN dan PH dihormati serta diperkasakan.


"Saya juga mengusulkan barisan kepimpinan tertinggi KEADILAN mengambil tindakan sistematik dan segera dalam menyelesaikan masalah dalaman parti pada semua peringkat, induk, sayap, cabang dan ranting


"Pastikan lantikan pimpinan negeri, wanita dan AMK, segera, cepat serta berkualiti menggarap semua, dan boleh bekerja dalam semua situasi," katanya dalam usul menyokong ucapan dasar presiden .


Selain itu, Peto juga mengusulkan Majlis Presiden Pakatan Harapan agar lebih mendisiplinkan pemimpin komponen agar tidak berlaku perbalahan atau ketidakseragaman pendapat menjelang PRU.


"Sabah mengusul Majlis Presiden PH mengawal adab dan disiplin pemimpin komponen parti agar lebih berhati hati mengeluarkan kenyataan di peringkat pusat dan negeri yang boleh mencetuskan ketidakselesaan dalam kalangan pemimpin, dan ahli masing masing.


"Kita perlu pendekatan menang menang dalam menangani disiplin ahli untuk fokus matlamat parti. Ingat target utama KEADILAN adalah memenangi pilihan raya dan membawa Malaysia maju, makmur dalam semua bidnag.


"Sabah juga mengusulkan pimpinan PH untuk menguatkan jentera pilihan raya dalam semua peringkat dan memberi tumpuan utama di kawasan yang boleh menang," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page