top of page

Selesai konflik: Malaysia pimpin proses damai, kekuatan diplomatik PMX terbukti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29
  • 1 min read

ree

Malaysia berjaya dalam misi mencipta kedamaian dalam kalangan negara ASEAN apabila menjadi mediator rundingan gencatan senjata antara dua tetangga berkonflik, Thailand dan Kemboja, semalam.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Adam Adli Abdul Halim (gambar), kejayaan menyelesaikan konflik dalam tempoh singkat itu menaikkan nama Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) lewat ketokohannya yang dihormati kedua dua negara bertelagah.


"Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia telah menunjukkan kepimpinan berani dan matang dalam berdepan ujian antara terbesar yang pernah kita saksikan sepanjang tempoh kepengerusian ini.


"PMX memposisikan Malaysia bukan sekadar sebagai tuan rumah, tetapi pemimpin utama proses damai yang turut disaksikan oleh kuasa besar seperti AS dan China.


"Dalam dunia yang sering memilih kekuatan senjata, Malaysia memilih kekuatan diplomasi; dan ia terbukti berhasil," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dalam muat naik di Instagram pagi ini.


Adam Adli berkata, PMX bukan pemimpin yang beretorik dalam menyelesaikan konflik antarabangsa tetapi segera merundingkan kedamaian bagi menjamin kestabilan serantau dan pertumbuhan ekonomi bersama.


"Ini bukan retorik antarabangsa. Ini bukti bahawa di bawah kepimpinan hari ini, Malaysia tidak hanya memelihara kestabilan dalam negeri, tetapi juga tampil menjaga keamanan serantau.


"Terima kasih PMX," katanya lagi.


Untuk rekod, konflik Thailand dan Kemboja kelmarin cuba diselesaikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan menggunakan umpan rundingan dagang dan tarif yang dikenakan AS ke atas kedua dua negara agar segera ke meja rundingan.


Bagaimanapun pemimpin tertinggi Thailand dan Kemboja lebih memilih untuk berunding di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan konflik secara ASEAN dan mengelak campur tangan kuasa besar.


Rundingan semalam dimediasi oleh Malaysia dengan kerjasama pihak Kedutaan AS dan kedutaan China menjadi pemerhati.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page