top of page

Selesai isu PATI secara aman, Program Repatriasi Migran dilanjutkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Updated: 4 hours ago



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan lanjutan Program Repatriasi Migran 2.0 bermula 19 Mei ini sehingga 30 April 2026 khusus di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan untuk melanjutkan program itu yang sepatutnya berakhir 31 Mac lalu bertujuan menyelesaikan isu keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara aman dan berstruktur.


"Melalui program ini, PATI yang menyerah diri akan dikecualikan daripada tindakan pendakwaan dan hanya dikenakan kompaun berdasarkan jenis kesalahan.


"Pemohon dikenakan bayaran pas khas sebanyak RM20, manakala bagi kanak-kanak warga asing berusia di bawah 18 tahun, dikecualikan daripada kompaun, namun perlu membayar pas khas terbabit," katanya dipetik dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen di Putrajaya semalam.


Pada sidang media itu beliau menegaskan, program ini tidak terbuka kepada PATI yang pernah mendaftar tetapi gagal keluar dari negara, individu yang disenarai hitam, mempunyai waran tangkap, atau yang sedang dikehendaki oleh pihak berkuasa.


Manakala untuk individu dengan status perundangan khas seperti pasangan warganegara yang tinggal lebih masa perlu hadir sendiri ke Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen untuk tujuan penyelarasan lanjut.


Sementara itu beliau turut memaklumkan, 2025 diisytiharkan sebagai tahun penguatkuasaan yang mana Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengarahkan JIM untuk mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di lokasi tumpuan.


KDN tegasnya tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras PATI di negara ini, sejajar dengan komitmen untuk memperkukuhkan kedaulatan undang-undang serta keselamatan negara.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page