top of page

Selepas Zuraida keluar, keahlian wanita semakin meningkat - Wanita KEADILAN Johor


Wanita KEADILAN Johor mengucapkan rasa syukur kerana beberapa ahli yang diketuai Nor Ashidah Ibrahim sudi umum keluar daripada parti untuk mengikut jejak langkah pengkhianat.


Ketua Biro Wanita Majlis Pimpinan Negeri Johor, Napsiah Khamis berkata pengumuman itu boleh dianggap sebagai satu jenaka kerana Ashidah sudah pun umum keluar parti pada 12 Mac lalu.


"Surat pecat beliau juga sudah diproses. Mungkin agak lucu jika umum berkali-kali tetapi inilah sikap mereka yang mengikut jejak pengkhianat.


"Alasan tidak puas hati dengan kepimpinan pusat hanyalah alasan kosong apabila jelas menyatakan sokongan secara tertutup kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.


"Mereka sendiri tidak tau apa yang mereka lakukan. Bagaimana hendak menjaga rakyat jika diri sendiri pon tidak boleh dijaga," katanya dalam kenyataan.


Seramai 50 pimpinan Wanita KEADILAN Johor mengumumkan keluar dari parti yang diketuai Ashidah, diikuti Bendahari Wanita Johor, Siti Noraini Md Jani dan 18 Ketua Wanita Cabang negeri.


Ashidah juga mendakwa beberapa Ketua Wanita Cabang mengumumkan keluar parti ialah Tenggara, Mersing, Sembrong, Johor Bahru, Pasir Gudang, Pulai, Muar, Pontian, Tanjung Piai, Sri Gading, Sekijang, Simpang Renggam, Batu Pahat, Ayer Hitam, Ledang, Pagoh, Ledang dan Tebrau.


Bagaimanapun, Napsiah menggesa Ashidah menamakan semua ketua wanita cabang tersebut.


"Beliau perlu senaraikan semua nama tersebut bagi membuktikan kesahihan berita tersebut dan memudahkan kami untuk keluarkan surat pemecatan," katanya.


Napsiah juga mendakwa, Wanita KEADILAN Johor dibawah pimpinan Zuraida gagal mendapat sokongan daripada mana-mana pihak.


"Sepanjang beberapa penggal wanita Johor dijaga oleh bekas ketua wanita pilihan Zuraida, wanita Johor langsung tidak berkembang malah untuk bertanding pemilihan pun mereka tidak mempunyai ahli untuk bertanding. Bayangkan betapa lemahnya kepimpinan beliau," katanya.


Bagaimanapun selepas Zuraida keluar parti, Napsiah berkata Wanita KEADILAN berjaya mendapatkan semula sokongan terutamanya dalam kalangan wanita.


"Saya bersama-sama rakan lain terpaksa turun ke Johor untuk membangunkan wanita Johor semula hingga kini menjadi hebat dan contoh yang terbaik di dalam negara.


"Peningkatan jumlah ribuan ahli wanita KEADILAN juga semakin bertambah apabila reformasi yang mengambil alih kepimpipinan wanita Johor.


"Pastinya wanita Johor kini semakin mantap dan menjadi contoh kepada semua wanita KEADILAN di Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page