top of page

Selepas ternak ikan, Mat Sabu tanam bawang rose di laman kediaman rasmi



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar, kiri sekali) bukan sahaja bertindak mengeluarkan arahan dan merumuskan dasar untuk mengembangkan sektor pertanian di negara ini malah beliau menunjukkan tauladan secara praktikal dalam bidang itu.


Hal itu apabila beliau sendiri menjadikan amalan bertani dalam skala yang mampu dilaksanakan oleh semua golongan dengan memanfaatkan ruang minimum kawasan kediaman rasminya untuk menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan bagi kegunaan persendirian.


"Bang Mat memanfaatkan kawasan yang ada di kediaman rasmi menteri dengan menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr Mohamad Khairil.


"Kaedah yang Bang Mat gunakan ialah "Raised Garden Box" dengan keluasan 20' x 20', supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan," katanya dalam hantaran di Facebook.


Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata idea untuk menanam bawang rose itu timbul setelah beliau berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk meninjau perusahaan tanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar.


"Usaha ini selaras dengan komitmen kita bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Insya-Allah, semoga usaha ini membuahkan hasil yang bermanfaat," katanya.


Kementeriannya sebelum ini menumpukan kepada usaha tanaman bawang dengan benih varieti tempatan dalam skala besar-besaran sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada import tanaman itu bagi memastikan kestabilan bekalannya.


Projek rintis dilaksanakan di Sungkai, Perak mula menuai hasil pertama sebanyak 2.4 tan metrik pada April tahun lalu.


Laporan media menyebut Malaysia mengimport bawang dari 29 negara termasuk India, Pakistan, China, Belanda dan Thailand dengan nilainya mencecah RM1.58 bilion [685,400 tan metrik] pada 2022.


Mohamad turut membela ikan gourami di halaman kediamannya sebagai satu galakan kepada rakyat Malaysia agar dapat memanfaatkan ruang di rumah untuk menjalankan aktiviti ternakan yang dapat mengurangkan beban kos sara hidup.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page