top of page

Selepas penantian 39 tahun Hashimah dapat Mykad



Penantian Hashimah selama 39 tahun berakhir hari ini apabila beliau mendapat MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Namun perjuangannya begitu panjang untuk mendapatkan pengiktirafan kewarganegaraan biar pun dilahirkan di Malaysia.


Beliau sebelum ini merupakan seorang anak yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dan dibesarkan di rumah kebajikan.


Pada 25 Feb 2020, Hashimah membuat permohon kewarganegaraan Malaysia menurut Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan tetapi ditolak oleh JPN pada 29 Julai 2020.


Kes itu kemudian dirujuk ke mahkamah. Beliau berjaya dalam cabarannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan penolakan JPN.


Hakim Amarjeet Singh dalam keputusannya mengisytiharkan "Hashimah sebagai warganegara Malaysia mengikut undang-undang".


"Saya sangat gembira sebab (hari ini) dapat IC biru, senang untuk kemudahan saya. Boleh buat urusan hospital, dapat pekerjaan baru. Boleh pergi umrah kalau ada niat nak pergi.


"Saya terharu sangat. Selama 39 tahun susah saya nak dapat kerakyatan. Saya amat bersyukur kepada ralyat Malaysia yang menyokong saya sehingga saya dapat IC," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan JPN di Putrajaya, pagi tadi.


Hashimah berhasrat untuk mencari pekerjaan yang lebih baik selepas mendapatkan dokumen kewarganegaraan tersebut.


Ditanya pengalamannya sewaktu tidak diiktiraf sebagai warganegara, beliau menceritakan kesukaran kerana sering ditahan dalam operasi pihak polis kerana dianggap pendatang asing.


"Saya rasa susah waktu guna IC hijau. Saya rasa perit bila nak buat sesuatu. Tak dapat nak minta bantuan zakat, kebajikan pun tak dapat. Selalu kena tangkap polis bila buat operasi.


"Mereka ingat saya bukan warga sini. Pernah masuk lokap dalam 3 hari sebab nak cari detail saya. Bila (polis) dah dapat baru dikeluarkan," katanya.


Sementara itu, peguam yang membantunya mendapatkan pengiktirafan kerakyatan itu, Zaid Malek dari Lawyers for Liberty (LFL) berharap kerajaan Malaysia akan lebih prihatin terhadap kes seumpama itu.


Katanya, banyak lagi kes seperti Hashimah melibatkan kanak kanak yang masih tiada kerakyatan di negara ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page