top of page

Selepas pemilihan, pimpinan baharu AMK Gombak fokus perkuat parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 15
  • 1 min read

ree

Pimpinan baharu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak diketuai Haris Harahap (gambar) yang menang pada pemilihan peringkat AMK Cabang kelmarin akan fokus kepada usaha pengukuhan parti.


Selain Haris, Timbalan Ketua AMK Gombak, Mohd Hayee Zailani dan Naib Ketua AMK Gombak, Danial Amsyar juga berpendirian sama.


"Kami menzahirkan komitmen sepenuhnya untuk memperkukuh kekuatan AMK Gombak serta menyokong penuh kepimpinan Cabang Gombak dan Parlimen Gombak, di bawah pimpinan Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Cabang merangkap Menteri Besar Selangor


"Fokus kami kini tertumpu kepada memperkuat jentera parti, memperluas program pemerkasaan anak muda, dan memenangi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 16, khususnya di dua DUN strategik iaitu Gombak Setia dan Hulu Kelang," kata mereka dalam satu kenyataan.


Mereka bertekad juga akan melaksanakan visi dan misi pemilihan iaitu mengangkat suara anak muda sebagai agenda utama; menghidupkan semula budaya politik nilai dan gerakan akar umbi; menjadi wadah inklusif yang merangkul semua tanpa mengira latar; dan menawarkan solusi serta naratif baharu untuk membina keyakinan rakyat terhadap AMK.


Menurut kenyataan itu lagi, barisan kepimpinan baharu ini akan menjadi barisan harapan dan penerus legasi perjuangan AMK sejak tahun 1999.


"Kami sedia belajar, sedia bekerja, dan sedia berjuang bersama seluruh keluarga KEADILAN di Gombak," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page