top of page

Selepas PADU, Sidang KL20 satu lagi idea cemerlang Rafizi



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Kementerian Ekonomi akan menganjurkan Sidang Kemuncak KL20 pada 22-23 April ini bagi memacu arena startup (syarikat pemula) tempatan di persada global.


Sidang kemucak itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau KLCC dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kertas tindakan KL20


Selain itu, Anwar juga dijadual melancarkan Kertas Tindakan KL20 - pelan yang akan menggariskan pembaharuan bagi mencapai penumpuan dalam kalangan pihak berkepentingan untuk melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula ke tahap baharu.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata melalui KL20 itu nanti, ia bakal melonjakkan Malaysia dalam kelompok 20 teratas syarikat pemula niaga global menjelang 2030 selain memacu kedudukan negara ini bagi syarikat berkenaan serta modal teroka.


"Penganjuran KL20 adalah sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.


"KL20 2024 juga menjadi bukti komitmen Malaysia memupuk ekosistem pemula niaga serba pesat di rantau ini.


"Mesej ringkas kita kepada dunia adalah Malaysia kini bersedia dan terbuka kepada perniagaan dalam sektor digital dan teknologi," ujarnya.


Inisiatif radikal


Menjelaskan lebih lanjut, Rafizi berkata, kerajaan berharap inisiatif radikal yang sedang diusahakan dapat mewujudkan rancangan bagi syarikat permulaan berteraskan tiga perspektif iaitu pembiaya, pengasas dan bakat atau tenaga kerja.


Sehubungan itu, katanya, acara KL20 2024 berkenaan bukan sekadar menyaksikan perbincangan atau siri kertas dokumen, tetapi berteraskan tindakan bagi mencetuskan perbincangan dalam kalangan masyarakat pemula niaga.


Bagi modal teroka, beliau berkata beberapa firma modal teroka antarabangsa telah membuka pejabat di Malaysia manakala firma unicorn iaitu syarikat permulaan dengan nilai lebih AS$1 bilion, turut mewujudkan kemudahan penyelidikan di negara ini.


"Kita akan menyaksikan pelancaran dana pertumbuhan yang berdasarkan piawaian Malaysia melibatkan (jumlah) yang besar, lebih daripada yang pernah dilihat sebelum ini," katanya.


Beliau berkata, terdapat sedikit perubahan dari segi strategi iaitu berbanding dasar sebelum ini yang menumpukan syarikat permulaan tempatan dan menarik syarikat unicorn, tetapi Malaysia kini mahu menarik kehadiran pengasas syarikat pemula niaga global ke negara ini.


"Langkah menarik kehadiran kelompok pengubah ini ke dalam ekosistem kita adalah bagi membolehkan Malaysia meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai selain membuktikan keupayaan untuk bersaing dengan yang terbaik.


"Oleh itu, sama ada anda pengasas dari Kuala Lumpur, Jakarta, Mumbai atau Seoul, jika anda bawa dan majukan syarikat di sini, pada akhirnya yang menerima manfaat adalah tenaga kerja serta ekonomi Malaysia," jelasnya.


Dijangka lebih 1,000 peserta dalam kalangan pelabur antarabangsa dan syarikat pemula niaga dijangka menghadiri KL20 2024 yang pertama kali diadakan ini.


Perintis industri


Anwtara yang bakal hadir termasuklah perintis industri seperti Rakan Kongsi Pengurusan GGV Capital Jenny Lee; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Hive Geraldine Andrieux Gustin dan Naib Presiden Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Pelaburan China Investment Corp Qi Bin yang akan berkongsi pandangan mengenai faktor yang merangka masa depan keusahawanan dan inovasi.


KL20 akan turut mengetengahkan potensi Malaysia sebagai persekitaran serba kondusif untuk syarikat pemula, terutama dalam sektor utama seperti pembuatan dan automasi, teknologi pertanian atau agrotech, teknologi bersih serta kewangan Islam.


Selepas mengilhamkan PADU bagi perlaksanaan subsidi bersasar, KL20 merupakan satu lagi idea cemerlang Rafizi untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang dan gemilang.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page