top of page

Selepas MP Gua Musang, giliran MP Jeli sokong PM



Kurang 24 jam Ahli Parlimen (MP) Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim mengumumkan sokongan beliau kepada pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik pula berbuat demikian.


Dalam satu kenyataan Zahari berkata, beliau telah memperhalusi dan mempertimbangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya terutama berkenaan kos sara hidup, himpitan mengenai keperluan asas yang mesti diteruskan maka beliau mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar bermula dari tarikh kenyataan tersebut dikeluarkan.


"Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi. Dalam alaf yang serba mencabar ini selaku Ahli Parlimen saya harus memberi khidmat yang terbaik buat rakyat dalam parlimen Jeli.


"Namun demikian, saya akan taat, setia dan kekal sebagai ahli parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," katanya.


Dalam pada itu, Zahari turut bersedia berdepan tindakan disiplin demi mempastikan pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak menjadi mangsa keadaan serta tidak ketinggalan menerima pembangunan dari Kerajaan Pusat.


Beliau berikrar akan menyokong dasar dasar dan inisiatif yang Kerajaan lakukan di dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai fokus utama.


"Sokongan saya ini berterusan sehingga Pihanraya Umum (PRU) yang seterusnya.


"Ingin saya tegaskan bahawa pengisytiharan sokongan kepada Perdana Menteri ke 10 ini dibuat tanpa apa-apa paksaan, pengaruh dan tekanan dari mana-mana pihak. Ianya dibuat atas kerelaan saya sendiri demi rakyat dalam parlimen Jeli," katanya lagi.


Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan menyokong pentadbiran PM Anwar.

Tindakan Ahli Parlimen Jeli ini juga menimbulkan tanda tanya mengenai kepercayaan Ahli ahli Parlimen Bersatu terhadap kepimpinan parti mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page