top of page

Selepas kes Nik Elin, sumbang mahram, minum arak dibenar di Kelantan?



Kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin semalam mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan beberapa seksyen di bawah Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) Kelantan 2019 (‘Enakmen 2019’) menimbulkan kekeliruan.


Pempengaruh Liyana Marzuki dalam balasannya di aplikasi X meragukan apakah Muhyiddin telah membaca dengan teliti ringkasan penghakiman 8 Hakim Mahkamah Persekutuan berhubung petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebelum mendakwa berkhalwat, sumbang mahram atau minum arak selepas ini bukan lagi kesalahan di Kelantan.


"Kalau nak buat kenyataan, banyakkanlah membaca dan semak fakta. Kalau tak pun bertanyalah pada yang pakar.


"Kenyataan ini kata, berikutan kes Nik Elin, tawar khidmat maksiat, berkhalwat, sumbang mahram dan minum arak tidak lagi jadi kesalahan kepada umat Islam di Kelantan.


"Ini kenyataan yang sangat dangkal dan palsu sekali. Tindakan bapa dan mak ayam masih lagi kesalahan bawah seksyen 372B Kanun Keseksaan dengan hukuman 20 tahun penjara. Kalau lakukan kesalahan, semua muslim Kelantan boleh kena dakwa.


"Sama juga, sumbang mahram bawah 376A dengan hukuman yang sama, bersama sebatan," katanya.


Menurut Liyana, yang lebih mengejutkan dalam kenyataan itu ialah seksyen yang tidak dimansuhkan Mahkamah Persekutuan juga dikatakan tidak lagi boleh diambil tindakan di bawah Enakmen 2019.


"Yang saya tak boleh brain, maklumat yang beliau beri mengenai khalwat dan minum arak. Ia masih peruntukan yang sah dalam Enakmen Syariah Kelantan. Tidak langsung termasuk 16 seksyen yang dibatalkan," kata Liyana lagi.


Pempengaruh itu terperanjat kerana bukan sahaja fakta tidak tepat menjadi hidangan harian laskar siber PN membodohkan rakyat dengan segala macam tohmahan, malah pengerusi PN yang pernah menjadi Perdana Menteri ke 8 juga melakukan hal hampir serupa.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page