top of page

Selepas durian, Bang Mat berjaya dapat kebenaran eksport kelapa segar ke China

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17
  • 1 min read

Mohamad (kanak) dan wakil kerajaan China bertukar memorandum dalam pengeksportan kelapa segar
Mohamad (kanak) dan wakil kerajaan China bertukar memorandum dalam pengeksportan kelapa segar

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China dalam Protokol Keperluan Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia bagi eksport buah kelapa segar dari Malaysia ke China yang berlangsung semalam merupakan kejayaan besar Kementerian ditadbir oleh Menteri Pertanian.


Menurut Datuk Seri Mohamad Sabu (Bang Mat) kejayaan itu akan membolehkan kelapa segar dari Malaysia dieksport ke China dan menghidupkan semula industri kelapa di Malaysia yang sebelum ini kurang diminati petani kerana hanya dipasarkan di dalam negara.


"Melalui MoU ini, Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan untuk mengeksport buah kelapa segar ke pasaran China. Ini merupakan hasil usaha gigih dan rundingan berterusan antara kedua-dua negara demi memperkukuh hubungan perdagangan yang telah lama terjalin.


"Pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Kelapa Segar dari Malaysia ke RRC antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan GACC adalah penting bagi memastikan kebolehpasaran dan daya saing kelapa segar Malaysia di pasaran RRC, di samping mengukuhkan industri kelapa tempatan dengan menggalakkan amalan pertanian yang baik dan sistematik dalam kalangan pengusaha kelapa tempatan, selain membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan hasil eksport pertanian negara," kata Mohamad dalam muat naik di Facebooknya.


Tegas Mohamad, Kerajaan akan terus memastikan hasil pertanian tempatan mendapat tempat di pasaran antarabangsa sekaligus menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat.


Sebelum ini Mohamad juga berjaya mendapatkan kebenaran mengeksport durian segar dari Malaysia dan menyaingi Thailand yang terkenal dengan eksport duriannya ke pasaran paling besar di dunia itu.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page