top of page

Selepas dua dekad Reformasi isu rasuah berjaya tumbangkan kerajaan



Gerakan Reformasi merupakan salah satu peristiwa terpenting dalam sejarah Malaysia dan pernah dianggap gerakan kemerdekaan kedua negara.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Reformasi telah terbukti sebagai gerakan massa yang paling besar dalam sejarah dan berjaya mengubah landskap politik negara sepanjang dua dekad.


"Reformasi moment penting yang sudah pasti selepas detik kemerdekaan dan diikuti peristiwa 13 Mei.


"Reformasi boleh dianggap sebaris dan detik penting lain dalam sejarah sebagai penentu hala tuju baru kepada negara, dan juga masa depan kita bersama," katanya dalam forum maya, "Pentas Rakyat Sempena 23 Tahun Reformasi", malam tadi.


Beliau yang mengimbau sebagai seorang belia progresif ketika Reformasi tercetus 23 tahun lalu berkata, gerakan tersebut telah memberi kesedaran baharu kepada rakyat di seluruh negara mengenai perompakan kekayaan oleh pemerintah dan perlunya pada masa hadapan negara ditadbir oleh pemimpin yang amanah.


"Kalimat itu (diungkapkan sepanjang ceramah Reformasi) cukup bermakna; nepotisme, kronime, rule of law, yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.


"Semua kalimat itu bukan semata-mata retorik yang disampaikan Datuk Seri Anwar sewaktu jelajah menghimpunkan rakyat dan memberi penjelasan beliau dan mengajak massa


"Kalimat itu terkandung dalam gerakan Reformasi, iaitu ingin mengubah hala tuju negara bagi memastikan pengagihan kekayaan yang adil kepada rakyat. Yang memastikan tadbir urus dan tatakelola yang bersih, bebas dari rasuah berbanding Order Lama," ujarnya.


Tambah beliau, Reformasi kemudiannya menjadi satu gerakan yang mencipta sejarah tersendiri apabila perjuangan menolak rasuah menjadi arus perdana, berbanding isu perkauman yang mendominasi politik sejak merdeka.


"Malah KEADILAN wujud sebagai parti pelbagai kaum. Mulanya ia ditertawakan, ada yang sinis mengatakan bahawa parti pelbagai kaum tidak punya masa depan kerana akar politik perkauman tidak boleh dirungkai, tak mungkin isu rasuah mengatasi iku kaum sempit.


"Kita hadapi dengan cekal. Melupakan segala tohmahan. Kita junjung prinsip melawan rasuah, penindasan dan ketidakalian di depan mata


"Sesuatu yang kita tak sangka, dimulakan dengan gelombang di beberapa negeri, kejayaan jelajah ceramah, himpunan Bersih dan beberapa himpunan rakyat lain kita sampai kepada kemenagan pada 2018.


"2018 detik penting, pertama kali dalam sejarah isu rasuah telah meranapkan pentadbiran yang telah berdekad mentadbir iaitu Umno dan BN," katanya lagi.


Tegas Amirudin, ke hadapan, gerakan Reformasi perlu diperkasakan supaya terus relevan. Bukan hanya slogan tetapi menumpukan kepada isu tatakelola, pengagihan kekayaan yang adil dan juga bantuan kepada mereka yang terpinggir.


Katanya, hari ini ada pihak yang mahu jadi juara 'perubahan' dalam kerajaan baharu. Namun katanya, rakyat telah pandai menilai dan melihat kepada idea yang Reformasi yang asli.


Bagaimanapun, Amirudin berpesan keaslian sahaja tidak cukup dan gerakan Reformasi harus menyusun kekuatan melalui gerak kerja yang mantap dan pengaturan yang baik menjelang pilihan taya umum akan datang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page