Selepas dua bulan jawatan Ketua Kampung di Johor masih direbutkan sesama PN



Masuk bulan Mac 2021 banyak kampung di Johor belum lagi memilikki Ketua Kampung masing-masing kerana parti-parti Melayu Umno, Bersatu dan Pas berebut untuk meletakkan calon masing-masing.


Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.


Menurut Akmal, Ketua Kampung Pakatan Harapan telah pun menyelesaikan khidmat pada 31 Disember 2020. Namun rakyat tertanya-tanya siapakah Ketua Kampung baharu mewakili PN.


"Apabila Kerajaan Negeri beralih tangan susulan pengkhianatan Langkah Sheraton, Ketua-ketua Kampung lantikan PH bersetuju teruskan perkhidmatan sampai tamat tempoh 30 Disember 2020.


"Alasannya supaya tidak terganggu perjalanan masyarakat setempat, terutamanya soal pengesahan surat, anak-anak nak ke sekolah dan isu-isu kampung. Tetapi rupanya sudah setahun bersekutu, Umno, Bersatu dan Pas Johor masih tak boleh bersepakat.


"Sebab itu jangan percaya bila orang jaja politik kaum, walhasil untuk diri sendiri juga. Lagi kuatnya jerit Melayu, makin banyak kepentingannya," kata beliau dalam satu kenyataan.


Bagi Akmal, ketiadaan Ketua Kampung menyusahkan penduduk setempat untuk menandatangani borang apabila sekolah dibuka pada Mac dan beberapa urusan lain melibatkan kampung.


Beliau lucu melihat perebutan di peringkat bawahan itu kerana menurutnya di peringkat atasan PN, menteri boleh pula berehat 55 hari di New Zealand.


"Kini masuk bulan Mac, masuk 3 bulan penduduk masih tercari-cari siapa pengganti Ketua Kampung kawasan mereka.


"Ada yang mengeluh datang ke Pusat Khidmat kerana banyak pengesahan dokumen untuk anak-anak naik ke sekolah.


"Sementara mereka bergaduh, insyallah kita terus gandakan kerja.


"Yang mereka berebut-rebut jawatan di bawah, sedarkah Timbalan Menteri tengah berehat bercuti 55 hari?" katanya sinis.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio