top of page

Selepas akaun TH, simpanan bank, akaun KWSP pula dilesapkan sindiket penipuan atas talian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22, 2022
  • 2 min read


Sindiket penipuan kewangan atas talian melebarkan lagi jaringan penipuannya.


Terbaharu, Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung mendedahkan pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula menjadi mangsa.


Hal itu setelah banyak mangsa melaporkan kepada pihak berkuasa kehilangan wang dalam akaun simpanan bank dan akaun simpanan Tabung Haji mereka.


"Sebelum ini didedahkan simpanan Tabung Haji boleh dikeluarkan oleh penipu yang berjaya memancing maklumat peribadi seorang pencarum.


"Mangsa tersebut mengalami kerugian sebanyak RM98,900 dan belum lagi menerima apa-apa makluma balas daripada Tabung Haji selepas aduan dibuat.


"Jika tabung simpanan seumur hidup dalam KWSP untuk tujuan persaraan dan caruman Tabung Haji untuk menunaikan haji juga boleh dilesapkan, apatah lagi simpanan lain dalam bank dan e-wallet?


"Kelmarin masyarakat hangat membincangkan penipuan yang terjadi kepada Dr Rafidah Abdullah, yang mana simpanan beliau dalam bank CIMB sebanyak RM13 ribu dikeluarkan pada 2.00 - 2.30 pagi tanpa menerima TAC.


"Beliau telah membuka akaun CIMB selama 30 tahun dan tidak pernah menukar nombor telefon atau mendaftarkan nombor telefon kedua. Tetapi penipu boleh menjalankan transaksi 3 kali ke iphone 6 yang “telah didaftar” itu tanpa memerlukan TAC," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


Pengalaman Dr Rafidah, tegas Chean Chung, sekali lagi membuktikan kelompongan dan kelemahan sistem sekuriti bank.


Menurut ADUN Semambu itu lagi, pendedahan beliau berkenaan penipuan kewangan atas talian sejak dua bulan lalu menunjukkan bahawa bank sebenarnya mengetahui peranti baharu yang digunakan untuk pendaftaran apps perbankan mereka dalam kes kes terbabit.


Namun persoalan yang belum terjawab, katanya, mengapakah tiada tindakan lanjut daripada bank untuk membuat pengesahan.


"Kami juga mendapati dalam kes Dr Rafidah ini beliau dihubungai oleh pihak CIMB bank untuk diberikan penjelasan.


"Malangnya, ribuan mangsa lain tidak menerima layanan sebegitu kerana mereka tidak mempunyai 300 ribu “followers” dalam media sosial mereka.


"Adakah ini SOP bank yang hanya melayan mangsa berpengarah tetapi mengabaikan yang lain? Mana hak mangsa-mangsa lain untuk mengetahui status kehilangan wang mereka?" tanya Chean Chung


Tambah Penasihat Kumpulan Sokongan Mangsa-mangsa Penipuan Kewangan Online itu lagi, kes Dr Rafidah telah membuktikan dengan jelas bahawa bank-bank komersil sebenarnya mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku, dan peranti mana yang melakukan penipuan.


Cuma malangnya, kata beliau, pihak bank tidak berbuat apa-apa kerana lemahnya peraturan dan penguatkuasaan dari Bank Negara Malaysia (BNM).


"Keadaan ini diizinkan kerana BNM tidak bertindak memperketatkan tahap keselamatan siber bank-bank komersil.


"Harus saya tekankan bahawa kelewatan bertindak ini adalah satu kezaliman kerana setiap hari, lagi ramai mangsa akan tertipu dan kehilangan simpanan seumur hidup mereka," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page