top of page

Selepas 30 tahun, Fahmi yakin isu Kg Setia Jaya diselesaikan cara baik



Oleh: Azuan Ab Rahman


Isu penempatan penduduk Kampung Setia Jaya di sini yang telah tertangguh selama 30 tahun telah bergerak ke arah penyelesaian positif.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata begitu mengulas pertemuan melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dengan wakil pemilik tanah iaitu Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) bagi membincangkan kemelut dihadapi penduduk terbabit.


"Alhamdulillah, kini ke arah penyelesaian positif.


"InshaAllah, kerajaan yakin isu ini akan dapat diselesaikan setelah lebih 30 tahun tertangguh," kata jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menerusi Facebooknya.

Menerusi perbincangan diadakan semalam, yayasan terbabit telah memberi jaminan untuk membenarkan penduduk tinggal di Kampung Setia Jaya sehingga isu penempatan diselesaikan.


Malah menurut Fahmi, isu penggantian rumah kepada penduduk turut dibangkitkan dan akan diperincikan dengan lebih lanjut.

Terdahulu penduduk menyatakan kebimbangan susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 19 Disember lalu yang memerintahkan semua penduduk untuk mengosongkan tanah itu dalam tempoh 18 bulan dan menggesa kerajaan campur tangan supaya isu dibangkitkan dapat diselesai secara baik.


Dr Zaliha sendiri awal minggu lalu berjanji akan membincangkan perkara itu bersama pemilik tanah.


Sementara itu dipetik laporan media, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Setia Jaya, Mohd Asri Sapuan mengucapkan syukur atas keputusan berkenaan.


"Saya mewakili penduduk merasa lega berkaitan dengan keputusan melanjutkan lagi tempoh pengosongan kediaman sehingga penempatan diselesaikan.


"Saya harapkan penduduk jangan gusar dan jangan ada buat tindakan di luar jangkaan atau memberikan tanggapan yang tidak baik kepada rundingan ini.


"Kita tidak mahu apa-apa perkara yang menjejaskan peluang patut dapat dan kita nak juga dapat tinggal di sini dengan tenang tanpa kegusaran," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page