top of page

Selangor wujud 10,000 peluang pekerjaan baharu



Kerajaan Negeri akan menyediakan sehingga 10,000 peluang pekerjaan baharu bagi menghadapi gelombang pemberhentian pekerjaan akibat pandemik Covid 19.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari inisiatif Selangor Kerjaya akan mengutamakan Industri 4.0 melalui kaedah new skill, upskilling dan reskilling.


"Golongan sasaran ialah graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi, pelajar lepasan sekolah menengah termasuk latihan vokasional dan tenaga kerja yang telah diberhentikan. Selangor Kerjaya dijangka akan membantu menangani masalah pengangguran dengan memberikan solusi penempatan pekerjaan," katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 petang tadi.


Selain itu, kata Amirudin, Platform Selangor Automotif TVET akan mencadangkan padanan kerja di antara 3,000 graduan TVET teknologi automotif dan bengkel automotif di sekitar Selangor.


"Sebagai galakan untuk bengkel mengambil kerja graduan TVET, bantuan akan diberi kepada bengkel dalam bentuk pembayaran caruman majikan KWSP selama 12 bulan untuk graduan tersebut," katanya lagi.


Kerajaan Negeri akan melaksanakan inisiatif Rakan Digital Selangor. Melalui program itu, katanya, 1,000 orang Rakan Digital Selangor ataupun

‘Selangor Digital Ambassadors’ akan dilantik untuk membiasakan rakyat Selangor kepada aplikasi-aplikasi digital yang akan memudahkan, dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page