
Kerajaan Negeri dianggap mengungguli Sijil Halal Jakim di Malaysia.
Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Mughni, hal itu diungkapkan oleh Ketua Ketua Pengarah Jakim dalam pertemuan mereka pagi ini.
Kata Zawawi, Ketua Pengarah yang baharu Datuk Hakimah Mohd. Yusoff yang dilantik pada 21 Mac yang lalu merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim.
"Pertemuan ini bertujuan bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Jakim dan Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor.
"Datuk KP Jakim berpengalaman selama 12 tahun dalam Industri Halal dan diharapkan dengan pengalaman dan kerjasama dari pihak beliau mampu menggerakkan aktiviti halal dengan lebih rancak khasnya di negeri Selangor," katanya.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Tn Hj Ghazali dari Halal International Selangor - HIS (Aspire Flagship) dan Ustazah Nazihan Idris selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS.
