top of page

Selangor umum nyah rahsia laporan tanah runtuh Disember lalu



Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali tahun lalu.


Keputusan itu dinyatakan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari ketika ditemui pemberita pada satu majlis di Setia Alam pada Khamis.


Menurutnya, dokumen mengenai punca kejadian itu akan diserahkan semula kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), untuk tindakan selanjutnya termasuk untuk dipaparkan di web agensi berkenaan.


"Kita akan kembalikan laporan itu kepada Nadma untuk mereka memaparkannya di laman web atau diagihkan kepada mereka yang memerlukan," katanya


Dalam kejadian pada 16 DIsember lalu itu, seramai 31 orang kehilangan nyawa termasuk 13 kanak-kanak, dan 61 diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa tapak perkhemahan berdekatan Batang Kali itu.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilapor berkata tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu dikenal pasti beroperasi secara haram, dan hanya memiliki kebenaran merancang untuk aktiviti pertanian organik.

Amirudin ketika menyentuh mengenai laporan itu berkata, ia sangat teknikal tetapi ia akan menjelaskan peristiwa itu secara keseluruhan.


Beliau turut berkata nama pemilik tapak perkhemahan juga terdapat pada laporan lengkap tersebut, dengan beberapa kawasan terjejas ialah milik perhutanan dan rizab jalan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page