top of page

Selangor umum kumpul dana bantu bayar denda Selangor FC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 27, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor bakal melancarkan usaha bersama bagi mengumpul dana untuk membayar denda RM100,000 yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terhadap Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC).


Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat selepas beliau berbincang dengan Exco Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi berikutan iktibar dan pedoman titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.


"Bagi menggerakkan usaha solidariti ini, saya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan turut menyumbang kepada usaha mengumpul dana dan membayar denda pada minggu hadapan sebagai komitmen untuk menegakkan keadilan bagi Selangor FC," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, melalui kenyataannya Amirudin mewakili seluruh kerajaan negeri Selangor menjunjung kasih titah Sultan Sharafudin yang murka dengan keputusan MFL terhadap Selangor FC.


Titah murka Sultan Sharafuddin Idris Shah itu jelasnya turut menggambarkan kemarahan serta kekecewaan peminat bola sepak terhadap keputusan MFL yang seolah-olah hilang sifat kemanusiaan, bertimbang rasa, serta melampaui batas.


MFL mendenda Selangor FC RM100,000 susulan tindakan pasukan itu untuk ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih ekoran serangan asid yang mengancam nyawa ikon bola sepak Selangor dan Malaysia, Faisal Halim


Selain denda tersebut, media melaporkan skuad Gergasi Merah itu dikehendaki membayar pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton.


"Belum pernah Beta saksikan keadaan seperti sekarang ini. Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan.


"Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain," titah Sultan Sharafuddin yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page