top of page

Selangor umum bantuan khas satu bulan gaji kepada penjawat awam


Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam iaitu satu bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar pada 29 Dis depan.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan khas kedua dengan implikasi kewangan RM37.5 juta itu pada pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Negeri Selangor hari ini.


“Untuk menghargai usaha serta komitmen penjawat awam yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memastikan penyampaian perkhidmatan kekal efisien dan berkesan, sukacitanya saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan selama satu setengah bulan untuk tahun ini.


“Bantuan Khas Kewangan kedua iaitu satu bulan gaji dengan minimum RM1,000 akan dibayar pada 29 Dis 2021 dengan implikasi kewangan RM37.5 juta,” umum Amirudin.


Katanya lagi, Bantuan Khas Kewangan pertama setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 juga telah disalurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah/2021 lepas.


Amirudin juga mengumumkan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang akan dinaikkan hingga RM400,000 bagi tahun hadapan berbanding RM150,000 ketika ini.


“Manakala, untuk ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri akan menerima peningkatan peruntukan hingga RM500,000 pada tahun 2022,” katanya.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page