top of page

Selangor tidak kompromi sebarang isu sentuh sensitiviti 3R

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R).


Exco Perpaduan, Datuk Rizam Ismail menegaskan komitmen oleh Kerajaan Negeri itu bagi memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri itu terus terpelihara.


"Walaupun berbilang kaum dan agama, kita membuktikan bahawa perpaduan boleh dicapai dalam kerangka masyarakat majmuk.


"Selangor mesti dilihat sebagai model terbaik, bukan hanya dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu ketika merasmikan Majlis Penutup Program Santuni MADANI dan Misi Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah di Masjid As-Syukriah Parit 8 Gambut, di Sabak Bernam.


Sementara itu, beliau yang juga ADN Sungai Air Tawar memaklumkan bahawa sehingga kini tiada aduan rasmi berkaitan isu 3R diterima pihaknya di Selangor, melainkan beberapa aduan kecil berhubung masalah komuniti yang berjaya diselesaikan di peringkat tempatan.


"Ini menunjukkan, masyarakat kita secara umumnya matang, tetapi usaha mencegah perlu berterusan. Kita tidak boleh leka dalam mendepani ancaman terhadap perpaduan," tambahnya.


Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri memperhebat kerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara melalui pelbagai program pendidikan, kesedaran dan interaksi komuniti supaya rakyat faham bahawa perpaduan itu asas kestabilan negara.


Antara langkah berterusan yang dilaksana termasuk mengaktifkan peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terutamanya di kawasan luar bandar, untuk menyemai semangat cintakan negara dan saling menghormati antara kaum.


"KRT bukan sekadar struktur pentadbiran setempat, tetapi benteng hadapan kita dalam membendung sentimen perpecahan dan membina jaringan sosial yang kukuh di peringkat akar umbi," ujarnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page